CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 8, 2009

Sedarlah Duhai Peniti Masa...


Pernah ke kita menghitung...
Masa-masa yang ada, kita habiskan untuk ape...?
Pernah tak kita bertanya pada diri...
Masa-masa yang ada ini, diciptakan untuk ape...?
Dan pernah ke kita mengira...
Masa-masa yang ada ini, akan bertahan sampai bila...?

Duhai peniti masa,
Sedar tak kite semue, bernilainye masa itu bukan lah pada tempoh lamanya...
Tapi pada isi serta hala tuju nya..kn...

Andai kata seluruh masa kita habiskan dengan kerja mengumpul harta, masih banyak lagi kah masa yang ada untuk kita merasainya..? bila kita mati, sedikit pun tidak dapat menemani kita tika itu..

Andai kata seluruh masa kita habiskan dengan mencintai manusia, setakat mana cinta itu mampu bertahan? Saat kita mati nanti, maka mati lah juga nilai cinta tu..
Tak terasa rugi kah kite..jika tujuannye hanya untuk dunia semata..

Sedar lah duhai peniti masa...sedar lah...
Yang mencipta masa itu adalah Allah yang Maha Bijaksana..
Tidak Dia ciptakan sesuatu itu untuk disia-siakan... jauh sekali untuk disalah gunekan...
Dia juge Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. tidak mungkin kita dibiarkan sesat tanpa pegangan.. sekali-kali tidak...

Telah Dia berfirman:
1. Demi masa
2. Sungguh, manusia berada dalam kerugian.
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mngerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
(Surah Al-`Asr)


Subhanallah, sungguh terang jalan yang disuluh...
Dua jalan yang Dia hamparkan untuk kita.. jalan kerugian serta jalan keuntungan..
Dua jalan yang dihamparkan semata-mata untuk menguji kita..
Yang terang hatinya, mudah-mudahan terarah lah ke jalan keuntungan..
Yang gelap hatinya, maka tiada jalan laen..melainkan jalan kerugian..

Perhitunglah...
Sudah beriman kah kite dengan sebenar-benar iman??
Dah banyak sangat kah kebajikan yang kite lakukan??
Sudah tertegak kah kebenaran yang patut kite tegakkan??
Telah cukup subur kah kesabaran yang seharusnye tumbuh dalam hati kite??

Ingat lah..walaupun sesaat kita hidup..jika sesaat itu disandarkan hanya pada-Nya..
InsyaAllah, ganjaran yang baik akan kita terima di akhirat kelak...
Tapi sebaliknya..jika sesaat itu kita sandarkan selain pada-Nya, ganjaran yang buruk lah yang menanti kita kelak..
na`uzubillahi min zalik...

Sedarlah..sejauh mana titian kita itu tidak penting..
Yang penting, titian kita itu untuk ke mana...

Wallahualam.

Thursday, December 3, 2009

Isi Hati Sang Ikhwah...


Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.

*p/s;- mengingatkn diri ini, supaye sntiase mlengkapi diri dlm usahe membina diri menjadi insan yg soleh...

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."

(An-Nur: 26)



(Sumber: Akhi Afifi -USIM)

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna...


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuh an, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.



* Ayuh sahabat sekalian, same2 kita memperbaiki diri kita..yang mana baek kite teruskn,yg buruk kita sisihkan dari mnjadi sbhgian amalan..krn jelas, jika baek amalan kita, maka baek la yg laennya..insyaAllah..ayuh, kita same2 mengejar kebaikan...

"Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya, Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu"
(Al-Baqarah : 148)


Wallahualam.

Tuesday, December 1, 2009

Jawapan untuk mu, Si pencari bahagia...


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Apa khabar sahabat semua?? Mudah-mudahan kalian sihat-sihat hendaknya dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah yang Esa..insyaAllah
Untuk entri kali ini, InsyaAllah saya akan menyambung semula berkenaan persoalaan di entri sebelum ini, yang agak lama tertangguh...berkenaan soalan dari seorang bukan muslim yang berbunyi;

”Kenapa aku perlu memeluk Islam, sedangkan aku sudah bahagia dengan agamaku?? Bukankah semua agama di dunia ini menjanjikan kebahagiaan? Bukankah tujuaan agama itu untuk menjadikan kita bahagia?? Jadi,mengapa perlu aku memilih Islam?? Aku sudah bahagia...”


Untuk menjawab soalan tersebut, pertama-tamanya kite perlulah memahami dahulu apa sebenarnya yang difahami oleh si dia yang bertanya...

”Kenapa aku perlu memeluk Islam, sedangkan aku sudah bahagia dengan agamaku?? Bukankah semua agama di dunia ini menjanjikan kebahagiaan?”


Si dia menjadikan “bahagia” sebagai modal pertikaiannya... Baeklah, apakah sebenarnya yang si dia faham mengenai “bahagia”?? Sangat jelas, penafsiran yang salah terhadap nilai perasaan bahagia itu sendiri telah menyebabkan dia membenarkan kepercayaan yang ternyata pesong. Seperti apa yang kita ketahui, bahagia merupakan satu perasaan yang sangat subjektif dan fleksibel, kan. Jadi, individu yang berbeza akan menilai perasaan bahagia itu dengan penilaian yang berbeza, bergantung kepada situasi yang mereka alami sendiri. Tidak semestinya, B akan merasa bahagia apabila bersukan, sepertimana A yang sangat bahagia bersukan.. begitulah juga sebaliknya.

Sebagai contoh, si penagih dadah akan merasa tenang dan seolah-olah berada dalam kebahagiaan pabila mengambil bahan yang terlarang itu. Mereka bahagia berada dalam keadaan hayal, sedangkan pada hakikat kefahaman seorang individu bukan penagih (individu normal), perbuatan itu sangatlah merbahaya dan memudaratkan. Keadaan yang sama berlaku pada si pencuri, dia akan bahagia apabila berjaya mencuri harta-harta orang lain...sedangkan pada hakikatnya, perbuatan itu sangat lah dikeji kerana menzalimi orang lain..tetapi, samaada betol atau salah, itulah nilai kebahagiaan pada tafsiran mereka..itu lah perasaan bahagia yang mereka rasai, tanpa sedikitpun mengambil kira, buruk baik nye sesuatu perbuatan itu,tanpa mengendahkan hakikat sebenar yang mana perbuatan mereka itu adalah perbuatan yang salah...bagi mereka, perbuatan mereka adalah sentiasa betul kerana menganggap orang lain juge berpendapat sedemikian..

Keadaan ini lah yang berlaku kepada si penanya soalan...dia merasakan bahawa orang lain juga merasai kebahagiaan sepertimana yang dia rasai..lantas menganggap, agamanya memastikan dirinya telah mengecapi kebahagiaan yang sebenar-benarnya, sepertimana umat Islam merasa bahagia dengan Islam.. Padahal ternyata, dia cuma berada dalam kebahagiaan dirinya sendiri... Kerana, Allah lebih tahu, jalan mana yang membawa kepada kebahagiaan yang sebenar..Hakikatnya, Allah lebih tahu, agama mana agama yang benar...

“...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah : 216)

“dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus.”
(Yasiin : 61)

“iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan ni’mat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.”
(Al-Fatihah : 7)



Persoalan yang mungkin masih tak terjawab;
Jadi,mengapa perlu aku memilih Islam?? Aku sudah bahagia...”


Al-Quran menjawab;

Kerana Allah Tuhan Yang Esa:
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup lagi Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk-Nya”
(Ali ‘Imran : 2)



Kerana ummat Islam adalah ummat yang terbaik:
“Kamu (wahai ummat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk ummat manusia, (kerana) kamu menyuruh bebruat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)...”
(Ali ‘Imran : 110)

“Sesunbgguhnya orang yang beriman dan beramal salih, mereka itulah sebaik-baik makhluk.”
(Al-Bayyinah : 7)


Dan kerana hakikat kebahagiaan sebenar adalah kebahagiaan di akhirat kelak:
“Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga ‘Adn, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallha mereka di dalamnya selama-lamanya, Allah redha akan mereka dan mereka pun redha (bersyukur) akan ni’mat pemberian-Nya. Balasan yang demikian itu untuk orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.”
(Al-Bayyinah : 8)


Wallahualam...
mudaha-mudahan terjawab sudah persoalan mu itu.. wahai si pencari bahagia..
Apa-apa pun, hidayah itu hanya kepunyaan Allah s.w.t jua..
Ingin cari kebahagiaan, maka carilah Allah..
Wa’salam.

Sunday, November 29, 2009

Perbualan yang menyentap kelekaan ku


emirabukhalil: salam
emirabukhalil: kaifa hal?
azammuharam: salam akh..
azammuharam: alhamdulillah..
azammuharam: ana bikhoir
azammuharam: abang camana kt sane..?
azammuharam: sihat..?
emirabukhalil: quwaiys, alhamdulillah
azammuharam: alhamdulillah
azammuharam: tkde kelas ke hrini..?
emirabukhalil: cuti lagi minggu ni
emirabukhalil: senin ni mula kelas
azammuharam: owh..

emirabukhalil: macam mana kamu? study? life?
azammuharam: alhamdulillah..
azammuharam: mngejar yg terbaek
azammuharam: n..esok ana ade test for muet..
amirabukhalil: subhanAllah
emirabukhalil: buatlah yang terbaik
azammuharam: insyaAllah..
azammuharam: anta tlg lah doakn ana ye
emirabukhalil: Allahumma ameen, semoga dipermudahkan
azammuharam: allahumma ameen..insyaAllah
azammuharam: mudh2n

azammuharam: ana ni kurg mahir sket english ni
emirabukhalil: soalan
azammuharam: tp..slagi ade pluang..kt stu la ana prlu prbaiki,kn
emirabukhalil: andai enta dicampak ke sebuah negeri yang penduduknya berbahasa inggeris, bagaimana enta hendak menyeru mereka kepada Islam dan menegak kalimah Allah?
azammuharam: erm
azammuharam: lillahi taala..
azammuharam: ana kene mhirkn la..
emirabukhalil: satu qaedah fiqh, sesuatu yang tidak tercapai melainkan dengan melakukan sesuatu, maka wajib melakukannya.
emirabukhalil: sebagai contoh, enta mahu menyeru manusia ke jalan Allah, dan caranya ialah dengan enta menguasai bahasa inggeris, maka ia adalah wajib untuk enta
azammuharam: na'am..

azammuharam: erm..bleh anta bg cntoh yg laen..
emirabukhalil: kalau dalam usaha enta nak memastikan usaha dakwah itu berjaya hanyalah dengan enta cemerlang dalam study, maka enta wajib cemerlang dalam study.
emirabukhalil: sebab apa? sebab, enta boleh senang dapat tsiqah daripada mad`u enta, bahawa orang yang menyeru kepada Islam dan Allah juga cemerlang dalam akademiknya
emirabukhalil: bahawa apabila enta ke tengah masyarakat, enta dilihat berwibawa dan mudah diterima umum. seorang guru matematik juga bijak dan arif dalam islam.
azammuharam: mcm mne klau,andai kate insan tu dh memiliki jiwa dn jgk fikrah yg mntap..tp tetap hilg tsiqah dr org laen
azammuharam: itu mnndakn die mseh kurg mntap ke akh..?
azammuharam: benar..kite tk mmpu mnilai diri..
azammuharam: cme..ukuran nye biase nye di situ,bukn
emirabukhalil: asas kepada seorang akh itu adalah, kefahaman dia, akhlak dia, keikhlasan dia
emirabukhalil: lihatlah yang mana silapnya..
emirabukhalil: seorang akh itu sekiranya dia benar2 faham, maka akhlaknya akan terbentuk oleh kefahamannya
emirabukhalil: kefahaman itu mestilah pada tsaqafah dan pengalaman...
emirabukhalil: ikhlasnya dia itu mestilah dalam setiap tindakan
emirabukhalil: samada bersendiri atau di tengah ramai
azammuharam: yep..benar tu akh
emirabukhalil: semoga Allah mempermudahkan jalan enta
emirabukhalil: kena lihat juga dengan siapa kita berkawan
emirabukhalil: sebab kita dihisab melalui siapa kita berkawan
azammuharam: ameen..insyaAllah
azammuharam: ana nk sgt jd insan yg memberi kesan kpd shbt..bukan setakat insan yg terkesan kerana shbt
emirabukhalil: boleh aje
emirabukhalil: kena usaha
emirabukhalil: kena ikhlas
azammuharam: insyaAllah
azammuharam: ana sdg mmbina kekuatan tu..



*p/s: syukran akh azmir,kata2 mu memberiku semangat baru dalam mengharungi liku-liku dakwah ini.

Wallahualam

Tuesday, November 24, 2009

Soalan dari dia, si pencari bahagia...


Mode: berkongsi cerita

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, akhirnya terbangkit juga dari ”kerusi malas” ku..
dah berkurun rasanya tak mengisi ruang-ruang pena kat blog ni..(ermm,ruginya rasa bila dah lama tak berkongsi )
mudah-mudahan kembali diberi kekuatan dari-NYA untuk terus istiqamah...insyaAllah.

ha,bukanlah luahan rasa ini yang nak dikongsikan sebenarnya..baik,kembali semula pada mode cerita ya..

malam tu, waktu usrah terakhir kami sebelum balik bercuti, satu persoalan datang menyinggah. Soalan dari seorang bukan muslim yang bunyinya sebegini;

”Kenapa aku perlu memeluk Islam, sedangkan aku sudah bahagia dengan agamaku?? Bukankah semua agama di dunia ini menjanjikan kebahagiaan? Bukankah tujuaan agama itu untuk menjadikan kita bahagia?? Jadi,mengapa perlu aku memilih Islam?? Aku sudah bahagia...”


Erm,bunyinya mudah saja,bukan..
Bahkan, jawapannya bagaikan asas dalam pentauhidan kita kepada Allah s.w.t
”mestilah kena pilih Islam, sebab hanya Islam lah agama yang diredhai Allah”
”mestilah, sebab takde agama lain yang selurus agama Islam”

....macam-macam lagi jawapan yang keluar dari mulut kami, tapi malangnya, satupun tak menepati apa yang dicari.
”benar,semua jawapan tu tepat..tapi cuba bayangkan, faham ke dia dengan penjelasan tu? Tentu dia akan cakap benda yang sama tentang agamanya..kerana bagi dia,agama dia lah agama yang betul”...kata-kata abang Edzlam(abang long kami) ini bagaikan duri yang menusuk hati dan pemikiran ku.. baru tersedar,rupanya soalan ini bukanlah mudah seperti yang disangka.

Nuraniku merintih
Ya Allah..sungguh terasa berat bagiku...betapa kerdilnya seorang hambaMu ini...tertunduk akur mengakui, betapa lemahnya diri tanpa nikmat kurniaan Mu...tak mampu untuk kami leraikan persolan ini, tanpa izinMu ya Allah..
Subhanallah, betapa luasnya ilmuMu hinggakan hanya sedikit yang mampu kami timbai.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
”...Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (QS. Al-Baqarah:255)


Bersambung..
insyaAllah akan disertakan jawapan untuk soalan tu pada post seterusnya.

Wallahualam.

Thursday, August 13, 2009

Kembali Sedar

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum...

Aku mulakan, dengan ucapan syukur buat Mu, ya Allah..

Masih lagi diberi kekuatan oleh Mu, diberi ketenangan serta kelapangan ini...


Aku kembali sedar

Alhamdulillah...

Setelah merasa diri cukup kelemasan, biarpun tersangat luas udara yang Engkau hadirkan...

terasa seakan-akan dihimpit kesempitan, biarpun terlalu lapang bumi yang Engkau hamparkan...

Allah... hamba Mu ini menagih ampun dari Mu..

Astaghfirullahalazim...


Aku kembali sedar,

Subhanallah,

Sungguh cantik aturan tarbiyah Mu...

Datangnya tiap satu perkara bersama sejuta hikmah,

Hikmah yang sebelum ini malu untuk muncul, mungkin lantaran tak disambut oleh sabar juga redha pada Mu...


Aku kembali sedar,

Untuk ku apa yang aku niatkan...

Berdirinya seorang khalifah atas kerana niatnya, berhikmahnya seorang da’ie juga atas niatnya,

Ya Allah ya Rabbul `alamin...

Tetapkan lah hati ku ini... luruskan lah niat ku ini

"Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk ALLAH SWT",

insyaAllah ta’ala...


Ya Allah, sedarkan lah aku, juga mereka..

Kerana terlalu mudah aku lupa..senangnya aku terleka...

Jangan lah Engkau letakkan aku bersama mereka yang tuli itu,

Jangan juga dengan mereka yg buta itu...

Hidup suburkan lah hati ku hanya untuk berdegup kerana Mu, degupan yang lantas menjadi penyubur taman-taman insani...khususnya di tempat itu,

Allahumma aamiin.


Walau mungkin cuma menekan petak2 tidak bernyawa,

namun aku harapkan sangat, moge masih ada jiwa2 yang senantiasa menanti, serta mencari..

mencari sesuatu yg boleh dijadikan modal dalam mencari Mu,

tak kisah lah siapa mereka, apa keturunan mereka, biar dari mana datangnya...moge mereka terus menuju arah yang Kamu telunjuki..

kerana yang fitrah itu,

akan tetap kekal sebagai fitrah...


Wallahualam.

Thursday, May 28, 2009

DAKWAH NABI NUH a.s

Nabi Nuh a.s menerima wahyu kenabian dari Allah dalam masa "fatrah" masa kekosongan di antara dua rasul di mana biasanya manusia secara beransur-ansur melupakan ajaran agama yang dibawa oleh nabi yang meninggalkan mereka dan kembali bersyirik meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di bawah pimpinan Iblis.
Demikianlah maka kaum Nabi Nuh tidak luput dari proses tersebut, sehingga ketika Nabi Nuh datang di tengah-tengah mereka, mereka sedang menyembah berhala, iaitu patung-patung yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri, yang kemudian disembah sebagai tuhan-tuhan yang dapat membawa kebaikan dan manfaat serta menolak segala kesengsaraan dan kemalangan yang mereka percaya mempunyai kekuatan dan kekuasaan ghaib. Berhala itu diberinya nama-nama yang silih berganti menurut kehendak dan selera kebodohan mereka. Kadang-kadang mereka namakan berhala mereka " Wadd " dan " Suwa ", kadangkala " Yaguts " dan bila sudah bosan digantinya dengan nama " Yatuq " dan " Nasr ".

Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya yang sudah jauh tersesat oleh iblis itu, mengajak mereka meninggalkan syirik dan penyembahan berhala dan kembali kepada tauhid menyembah Allah Tuhan sekalian alam. Merek diseru melakukan ajaran-ajaran agama yang diwahyukan kepadanya serta meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan yang diajarkan oleh Syaitan dan Iblis.
Nabi Nuh menarik perhatian kaumnya agar melihat alam semesta yang diciptakan oleh Allah berupa langit dengan matahari, bulan dan bintang-bintang yang menghiasinya, bumi dengan kekayaan yang ada di atas dan di bawahnya, berupa tumbuh-tumbuhan dan air yang mengalir yang memberi kenikmatan hidup kepada manusia, penggantian malam menjadi siang dan sebaliknya, yang kesemua itu menjadi bukti dan tanda nyata akan adanya keesaan Tuhan yang harus disembah. Bukannya berhala-berhala yang mereka buat dengan tangan mereka sendiri. Nabi Nuh turut memberitakan, bahwa akan ada ganjaran yang akan diterima oleh manusia atas segala amalannya di dunia iaitu syurga bagi amalan kebajikan dan neraka bagi segala pelanggaran terhadap perintah agama yang berupa kemungkaran dan kemaksiatan.

Nabi Nuh sememangnya dikurniakan Allah dengan sifat-sifat yang patut dimiliki oleh seorang nabi, fasih dan tegas dalam berkata-kata, bijaksana dan sabar dalam tindak-tanduknya melaksanakan tugas risalah. Dengan kesabaran yang menguliti hati serta kebijaksanaan meninggi, baginda secara lemah lembut mengetuk hati nurani mereka, kadang kalanya dengan kata-kata yang tajam beralunkan nada yang agak kasar tetap teguh berdiri menghadapi pembesar-pembesar kaumnya yang keras kepala serta enggan menerima hujjah dan dalil-dalil yang dikemukakan kepada mereka, yang secara jelas tidak mampu lagi untuk mereka sangkalkan.

Akan tetapi, walaupun baginda telah berusaha sekuat tenaga berdakwah kepada kaumnya, berbekalkan segala kebijaksanaan, kecekapan dan kesabaran yang tinggi dalam apa jua keadaan tidak kira siang mahupun malam, dengan cara berbisik-bisik atau terbuka, tapi ternyata hanya sedikit sekali dari mereka menerima dakwahnya, yang mana menurut beberapa riwayat, bilangan itu tidak pon melebihi seratus orang. Golongan itu terdiri dari orang-orang yang miskin serta berkedudukan sosial yang lemah. Sedangkan orang yang kaya-raya, berkedudukan tingi dan ternama dalam masyarakat, serta merupakan pembesar-pembesar dan penguasa-penguasa, tetap juga membangkang, tidak mempercayai Nabi Nuh. Mereka bahkan, berusaha mengadakan persekongkolan dengan tujuan melumpuhkan dan mengagalkan usaha dakwah baginda.

Berkata mereka kepada Nabi Nuh:"Bukankah engkau hanya seorang daripada kami dan tidak berbeza drp kami sebagai manusia biasa. Jikalau betul Allah akan mengutuskan seorang rasul yang membawa perintah-Nya, nescaya Ia akan mengutuskan seorang malaikat yang patut kami dengarkan kata-katanya dan kami ikuti ajakannya dan bukan manusia biasa seperti engkau, yang hanya layak diikuti orang-orang rendah kedudukan sosialnya seperti para buruh, petani, juga orang-orang yang tidak berpenghasilan yang bagi kami mereka seperti sampah masyarakat. Pengikut-pengikutmu itu adalah orang-orang yang tidak mempunyai daya fikiran dan ketajaman otak, mereka mengikutimu secara buta tuli tanpa memikirkan dan menimbangkan masak-masak benar atau tidaknya dakwah dan ajakanmu itu. Jika agama yang engkau bawa dan ajaran -ajaran yang engkau sadurkan kepada kami itu betul-betul benar, nescaya kamilah dulu mengikutimu dan bukannya orang-orang yang mengemis seperti pengikut-pengikutmu itu. Kami sebagai pemuka-pemuka masyarakat yang pandai berfikir, memiliki kecerdasan otak dan pandangan yang luas dan yang dipandang masyarakat sebagai pemimpin-pemimpinnya, tidaklah mudak kami menerima ajakanmu dan dakwahmu. Engkau tidak mempunyai kelebihan di atas kami tentang soal-soal kemasyarakatan dan pergaulan hidup. Kami jauh lebih pandai dan lebih mengetahui drpmu tentang hal itu semuanya. Anggapan kami terhadapmu, tidak lain dan tidak bukan, bahawa engkau adalh pendusta belaka."

Nuh berkata, menjawab ejekan dan olok-olokan kaumnya:"Adakah engkau mengira bahwa aku dpt memaksa kamu mengikuti ajaranku atau mengira bahwa aku mempunyai kekuasaan untuk menjadikan kamu orang-orang yang beriman jika kamu tetap menolak ajakan ku dan tetap membuta-tuli terhadap bukti-bukti kebenaran dakwahku, dan tetap mempertahankan pendirianmu yang tersesat yang diilhamkan oleh kesombongan dan kecongkakan kerana kedudukan dan harta-benda yang kamu miliki?. Aku hanya seorang manusia yang mendpt amanat dan diberi tugas oleh Allah untuk menyampaikan risalah-Nya kepada kamu. Jika kamu tetap berkeras kepala dan tidak mahu kembali ke jalan yang benar dan menerima agama Allah yang diutuskan-Nya kepada ku, maka terserahlah kepada Allah untuk menentukan hukuman-Nya dan ganjaran-Nya ke atas diri kamu. Aku hanya pesuruh dan rasul-Nya yang diperintahkan untuk menyampaikan amanat-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Dialah yang berkuasa memberi hidayah kepadamu dan mengampuni dosamu atau menurunkan azab dan seksaan-Nya di atas kamu sekalian jika Dia kehendaki. Dialah pula yang berkuasa menurunkan seksa dan azab-nya di dunia atau menangguhkannya sampai hari kemudian. Dialah Tuhan pencipta alam semesta ini, Maha Kuasa ,Maha Mengetahui, maha pengasih dan Maha Penyayang."

Kaum Nuh mengemukakan syarat dengan berkata:"Wahai Nuh! Jika engkau menghendaki kami mengikutimu dan memberi sokongan dan semangat kepada kamu dan kepada agama yang engkau bawa, maka jauhkanlah para pengikutmu yang terdiri dari orang-orang petani, buruh dan hamba-hamba sahaya itu. Usirlah mereka dari pergaulanmu kerana kami tidak dpt bergaul dengan mereka, duduk berdampingan dengan mereka, mengikut cara hidup mereka serta bergabung dengan mereka dalam suatu agama dan kepercayaan. Dan bagaimana kami dpt menerima satu agama yang menyamaratakan para bangsawan dengan orang awam, penguasa dan pembesar dengan buruh-buruhnya dan orang kaya yang berkedudukan dengan orang yang miskin dan papa?."

Nabi Nuh menolak pensyaratan kaumnya dan berkata:"Risalah dan agama yang aku bawa adalah untuk semua orang, dan tiada pengecualian, yang pandai mahupun yang bodoh, yang kaya mahupun miskin, majikan ataupun buruh, diantara penguasa dan rakyat biasa, semuanya mempunyai kedudukan dan tempat yang sama terhadap agama dan hukum Allah. Andai kata aku memenuhi pensyaratan kamu dan meluluskan keinginanmu menyingkirkan para pengikutku yang setia itu, maka siapakah yang dpt ku harapkan akan meneruskan dakwahku kepada orang ramai dan bagaimana aku sampai hati menjauhkan drpku orang-orang yang telah beriman dan menerima dakwahku dengan penuh keyakinan dan keikhlasan di kala kamu menolaknya serta mengingkarinya, orang-orang yang telah membantuku dalam tugasku di kala kamu menghalangi usahaku dan merintangi dakwahku?. Dan bagaimanakah aku dpt mempertanggungjawabkan tindakan pengusiranku kepada mereka terhadap Allah bila mereka mengadu bahawa aku telah membalas kesetiaan dan ketaatan mereka dengan sebaliknya semata-mata untuk memenuhi permintaanmu dan tunduk kepada pensyaratanmu yang tidak wajar dan tidak dpt diterima oleh akal dan fikiran yang sihat?. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang bodoh dan tidak berfikiran sihat".

Pada akhirnya, kerana merasa tidak berdaya lagi mengingkari kebenaran kata-kata Nabi Nuh dan merasa kehabisan alasan dan hujjah untuk melanjutkan dialog dengan baginda, maka berkatalah mereka:"Wahai Nabi Nuh! Kita telah banyak bermujadalah dan berdebat serta cukup berdialog serta mendengar dakwahmu yang sudah menjemukan itu. Kami tetap tidak akan mengikutimu dan tidak akan sesekali melepaskan kepercayaan dan adat-istiadat kami sehingga tidak ada gunanya lagi engkau mengulang-ulangi dakwah dan ajakanmu dan bertegang lidah dengan kami. Datangkanlah apa yang engkau janjikn, jika benar engkau orang yang menepati janji dan kata-katanya. Kami ingin melihat kebenaran kata-katamu dan ancamanmu dalam kenyataan. Kerana kami masih tetap belum mempercayaimu dan tetap meragukan dakwahmu."

akan bersambung kemudiaan, insyaAllah...

wallahualam...wassalam =]

Sunday, May 10, 2009

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Begitulah lumrah alam. Kebiasaan golongan yang berusia muda mudah untuk menyedari akan hal baik buruk. Mudah membezakan yang mana halal dan haram. Keinginanan kepada ketenangan, keberkatan dan kebahagian amat mendalam. Sebab tulah golongan muda ini berdasarkan kepada Sirah Nabi Muhammad SAW, mereka merupakan teras dalam perjuangan Islam. Bahkan golongan muda lah yang banyak mempertahankan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW pada ketika itu. Jadi, ambillah peluang masa muda kita ini untuk terus berbakti dan sama-sama memperjuangkan Islam di tanah air kita ini sebelum datangnya masa tua kita.

Friday, February 20, 2009

SATU PERMULAAN

Bismillahirrahmanirrahim..

lame sudah terdetik,akhirnye tergerak juge utk ana menukilkan sekilas lintasan pemikiran atau mungkin setaut sentuhan hati ana di sini..

mudah-mudahan, permulaan ini menjadi tanda calit berharga dalam waktu ana meniti pengakhiran yang hakiki kelak..insyaAllah

Rasulullah saw brsabda, "pada hari kiamat seorang hamba akan ditanya tentang empat hal; umurnya dia lewatkan untuk apa, masa mudanya dia habiskan untuk apa, hartanya dari mana dia dapatkan dan digunakan untuk apa, dan apakah dia mengamalkan ilmunya". (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)

=)

wallahualam.