Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Apa khabar sahabat semua?? Mudah-mudahan kalian sihat-sihat hendaknya dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah yang Esa..insyaAllah
Untuk entri kali ini, InsyaAllah saya akan menyambung semula berkenaan persoalaan di entri sebelum ini, yang agak lama tertangguh...berkenaan soalan dari seorang bukan muslim yang berbunyi;
”Kenapa aku perlu memeluk Islam, sedangkan aku sudah bahagia dengan agamaku?? Bukankah semua agama di dunia ini menjanjikan kebahagiaan? Bukankah tujuaan agama itu untuk menjadikan kita bahagia?? Jadi,mengapa perlu aku memilih Islam?? Aku sudah bahagia...”
Untuk menjawab soalan tersebut, pertama-tamanya kite perlulah memahami dahulu apa sebenarnya yang difahami oleh si dia yang bertanya...
”Kenapa aku perlu memeluk Islam, sedangkan aku sudah bahagia dengan agamaku?? Bukankah semua agama di dunia ini menjanjikan kebahagiaan?”
Si dia menjadikan “bahagia” sebagai modal pertikaiannya... Baeklah, apakah sebenarnya yang si dia faham mengenai “bahagia”?? Sangat jelas, penafsiran yang salah terhadap nilai perasaan bahagia itu sendiri telah menyebabkan dia membenarkan kepercayaan yang ternyata pesong. Seperti apa yang kita ketahui, bahagia merupakan satu perasaan yang sangat subjektif dan fleksibel, kan. Jadi, individu yang berbeza akan menilai perasaan bahagia itu dengan penilaian yang berbeza, bergantung kepada situasi yang mereka alami sendiri. Tidak semestinya, B akan merasa bahagia apabila bersukan, sepertimana A yang sangat bahagia bersukan.. begitulah juga sebaliknya.
Sebagai contoh, si penagih dadah akan merasa tenang dan seolah-olah berada dalam kebahagiaan pabila mengambil bahan yang terlarang itu. Mereka bahagia berada dalam keadaan hayal, sedangkan pada hakikat kefahaman seorang individu bukan penagih (individu normal), perbuatan itu sangatlah merbahaya dan memudaratkan. Keadaan yang sama berlaku pada si pencuri, dia akan bahagia apabila berjaya mencuri harta-harta orang lain...sedangkan pada hakikatnya, perbuatan itu sangat lah dikeji kerana menzalimi orang lain..tetapi, samaada betol atau salah, itulah nilai kebahagiaan pada tafsiran mereka..itu lah perasaan bahagia yang mereka rasai, tanpa sedikitpun mengambil kira, buruk baik nye sesuatu perbuatan itu,tanpa mengendahkan hakikat sebenar yang mana perbuatan mereka itu adalah perbuatan yang salah...bagi mereka, perbuatan mereka adalah sentiasa betul kerana menganggap orang lain juge berpendapat sedemikian..
Keadaan ini lah yang berlaku kepada si penanya soalan...dia merasakan bahawa orang lain juga merasai kebahagiaan sepertimana yang dia rasai..lantas menganggap, agamanya memastikan dirinya telah mengecapi kebahagiaan yang sebenar-benarnya, sepertimana umat Islam merasa bahagia dengan Islam.. Padahal ternyata, dia cuma berada dalam kebahagiaan dirinya sendiri... Kerana, Allah lebih tahu, jalan mana yang membawa kepada kebahagiaan yang sebenar..Hakikatnya, Allah lebih tahu, agama mana agama yang benar...
“...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah : 216)
“dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus.”
(Yasiin : 61)
“iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan ni’mat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.”
(Al-Fatihah : 7)
Persoalan yang mungkin masih tak terjawab;
Jadi,mengapa perlu aku memilih Islam?? Aku sudah bahagia...”
Al-Quran menjawab;
Kerana Allah Tuhan Yang Esa:
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup lagi Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk-Nya”
(Ali ‘Imran : 2)
Kerana ummat Islam adalah ummat yang terbaik:
“Kamu (wahai ummat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk ummat manusia, (kerana) kamu menyuruh bebruat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)...”
(Ali ‘Imran : 110)
“Sesunbgguhnya orang yang beriman dan beramal salih, mereka itulah sebaik-baik makhluk.”
(Al-Bayyinah : 7)
Dan kerana hakikat kebahagiaan sebenar adalah kebahagiaan di akhirat kelak:
“Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga ‘Adn, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallha mereka di dalamnya selama-lamanya, Allah redha akan mereka dan mereka pun redha (bersyukur) akan ni’mat pemberian-Nya. Balasan yang demikian itu untuk orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.”
(Al-Bayyinah : 8)
Wallahualam...
mudaha-mudahan terjawab sudah persoalan mu itu.. wahai si pencari bahagia..
Apa-apa pun, hidayah itu hanya kepunyaan Allah s.w.t jua..
Ingin cari kebahagiaan, maka carilah Allah..
Wa’salam.
1 comments:
idea utk jwpn ni dtgnye dari seorang ustaz yg ana trlupe namenye..
Post a Comment